Profil TSM

TSM bermaksud The Sweet Memories dan telah ditubuhkan pada awal tahun 1996 sehingga sekarang. Pada mulanya, perkhidmatan kami bermula sebagai kumpulan band dan bermain alat muzik untuk majlis perkahwinan dan keraian. Setelah melihat potensi perkhidmatan untuk majlis perkahwinan ini sangat meluas, jadi kami anggota TSM bercadang meluaskan perkhidmatan majlis perkahwinan ini dengan menyewakan peralatan kami seperti p.a system dan alat-alat muzik. Bakat-bakat ahli TSM ini digunakan untuk sebagai deejay, logistik dan promosi untuk kami lebih maju dalam menembusi bidang perkahwinan ini.

Setelah beberapa tahun, pengalaman, peralatan dan perkhidmatan kami lebih cemerlang dan sehingga hari ini, TSM Entertainment telah pun menjadi terkenal serta mendapat tempat disetiap majlis perkahwinan yang berlangsung dikawasan Lembah Kelang. Selain itu, kami juga terkenal kerana memberi pakej-pakej hiburan TERMURAH DAN TERBAIK untuk majlis perkahwinan dan keraian.

"Bagaimanakah kami menawarkan harga rendah untuk PA System sambil mengekalkan mutu kualiti kami?
Apabila kami dapat mengurangkan kos-kos tersembunyi, pengangkutan dan permintaan berterusan,kami salurkan penjimatan tersebut untuk dinikmati oleh anda. Sebab itulah mengapa sebahagian perkhidmatan PA System kami menawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pesaing."

SIJIL DAN KELAYAKAN


 
Powered by Blogger